Salam
Resistance to change, satu ungkapan evolution yang sangat terkenal. Mengapa kita cuba menahan atau berlindung daripada berubah? Mengapa kita takut pada perubahan?
Saya akui, dulu saya merupakan seorang yang konservatif,sukar untuk menerima pada perubahan, sukar untuk menerima cabaran.Persekitaran merubah segalanya. Jika saya tidak mengubahnya, saya berubah mengikut persekitaran.
Konservatif tidak salah, tetapi seharusnya kita patut lebih kepada progressive conservative. Moderate tetapi bertindak melindungi nilai nilai Islami dan mengamalkanya serta menyampaikan kepada semua.
Masyarakat takut berubah, tetapi dunia berubah setiap masa. Kita perlu menganjak paradikma kepada pandangan yang lebih luas, relevan dan berasas serta mengikut Al - Quran dan Sunnah.
Bila berubah, kita jelas perlu melihat pada situasi dan keadaan.Janganlah terlalu mempertahankan perubahan yang kita sudah lakukan, tetapi takut untuk menerima perubahan yang baru yang membawa manfaat.
To love?
9 years ago
1 comments:
"revolution, rebellion, ressistance"
Post a Comment