End of the road

|
Salam

[To the righteous it will be said], "O reassured soul,Return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him],And enter among My [righteous] servants,And enter My Paradise."
Al Fajr  27 -30

Kematian adalah pengakhiran perjalanan. Ia telah perjalanan telah berakhir bagi seorang insan yang hebat dan tabah, saudara Mas Afzal.

Aku masih teringat kali terakhir aku berjumpa denganya, walaupun beliau kurang sihat, namun beliau turut hadir untuk memberikan pengisian semasa MYC 2010, Ramadhan tahun ini. Saya masih teringat kata - katanya, gayanya dan senyumanya.Sungguh beliau banyak memberikan inspirasi pada diriku.

Bersemadilah dengan tenang wahai saudaraku.

Resistance to change

|
Salam

Resistance to change, satu ungkapan evolution yang sangat terkenal. Mengapa kita cuba menahan atau berlindung daripada berubah? Mengapa kita takut pada perubahan?

Saya akui, dulu saya merupakan seorang yang konservatif,sukar untuk menerima pada perubahan, sukar untuk menerima cabaran.Persekitaran merubah segalanya. Jika saya tidak mengubahnya, saya berubah mengikut persekitaran.

Konservatif tidak salah, tetapi seharusnya kita patut lebih kepada progressive conservative. Moderate tetapi bertindak melindungi nilai nilai Islami dan mengamalkanya serta menyampaikan kepada semua.

Masyarakat takut berubah, tetapi dunia berubah setiap masa. Kita perlu menganjak paradikma kepada pandangan yang lebih luas, relevan dan berasas serta mengikut Al - Quran dan Sunnah.

Bila berubah, kita jelas perlu melihat pada situasi dan keadaan.Janganlah terlalu mempertahankan perubahan yang kita sudah lakukan, tetapi takut untuk menerima perubahan yang baru yang membawa manfaat.

Belari ke Puncak

|
Salam.

Menjadi dewasa bukanya mudah seperti yang disangka.Ramai yang nampak dewasa, namun ia belum tentu matang dalam berfikir. Begitu jualah saya.

Mudahkah untuk menjadi matang? Oh tidak, ia semua dari pengalaman dan pemerhatian dalam kehidupan. Kehidupan yang pendek ini, sukar untuk membuat ujian, atau dalam bahasa Inggeris 'try and error' .
Pembacaan mungkin membantu, namun aplikasinya masih sukar dari pada apa yang kita baca.

Setiap Manusia perlukan inspirasi , dan pedoman , samaada nampak atau tidak. Inspirasi, mungkin daripada persekitaran, mungkin dari cara ibu bapa yang membesarkan dan mendidik.Tentunya inspirasi daripada Rasulullah S.A.W lebih jelas dan terkesan.

Inspirasi memberikan suntikan dalam kehidupan. Inspirasi memberikan kekuatan untuk bangun. Inspirasi memberi peluang kepada harapan . Inspirasi memberikan tenaga.

Inspirasi dan Harapan.

Ucapan ahli politik sememangnya memberikan harapan kepada rakyat. Apabila saya sangat teruja apabila  mendengar ucapan - ucapan kemenangan seperti contoh, David Cameron, Barrack Obama, Tony Blair, John F Kennedy , Nick Clegg , Adolf Hitler,Anwar Ibrahim dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Posisi atau postur saya berubah,menjadi semakin tegak, nafas sedikit laju, jantung berdegup dengan kencang dan sebagainya. Mungkin ini kesan daripada rembesan hormon Adrenaline. Tetapi ia memberikan satu harapan baru atau nafas kepada semua pihak.









Inspirasi memberikan peluang. Alangkah indah jika aku dapat mendengar ucapan Rasullullah S.A.W

Inspirasi untuk meneruskan perjuangan hidup, menghabiskan sisa kehidupan dengan berbakti.

Bangkitlah dari mimpi dan hadapi ujian seperti seorang yang dewasa.