Mature in advance?

|
Salam

He gives wisdom to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding.


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.


Al Baqarah 269

Break for lunch before dzuhur.

Setiap perkara yang berlaku akan membawa kepada kita sesuatu hikmah atau pengajaran. Nampak atau tidak nampak sahaja. Ia juga bergantung pada persepsi dan bagaimana kita menganalisa sesuatu perkara yang berlaku.

Maka sentiasa berfikir dari luar kotak untuk mengambil sebarang hikmah dan pengajaran. Jangan hanya berfikir untuk untung atau ''advantage'' pada jangka masa pendek. Bersabarlah jika bukan kali ini ia tidak berpihak pada kita, tetapi fikirlah dan ambilah pengajaran! Marilah matang dalam menghadapi kehidupan ini.

End of Ramadan Post: Leadership and Inspire

|
Salam

Saya teringat sebuah mini series yang saya pernah tonton. Ia berkisar sebuah tentang Easy Company, yang ketika itu berkhidmat di Bastogne semasa perperangan dunia kedua. Di ceritakan, setelah berkhidmat di pelbagai kempen peperangan yang besar seperti di Normandy,dan penaklukan Belanda, mereka telah kehilangan ramai anggota kompani tersebut. Daripada 100 lebih anggota, mereka kehilangan 40 ++ sepanjang kempen peperangan tersebut.

Antaranya ialah beberapa anggota yang berpangkat Lieutenant, anggota -anggota inilah yang memberi inspirasi kepada  anggota anggota bawahan agar sentiasa bersemangat, memastikan emosi mereka stabil, mengembirakan mereka memberi arahan yang tepat dan mantap, memastikan semua pergerakan dalam kompeni itu stabil. Oleh kerana mereka kehilangan beberapa Lieutenant, yang ade terpaksa direhatkan kerana terkejut, yang terpaksa direhatkan oleh kerana tercedera dan sebagainya, Company tersebut di bekalkan dengan seorang Lieutenant muda yang baru dan tiada langsung pengalaman bertempur.

Lieutenant ini dihantar ke barisan hadapan (Bastogne) kerana memberikan beliau peluang mendapat pengalaman betempur. Tetapi malangnya, beliau seorang yang malas dan kurang daya kepimpinan. Orang - orang bawahan merungut atas kekurangan kecekapan Lieutenant tersebut, sehingga menjejaskan nyawa atau Company tersebut. Pergolakan yang berlaku di dalam Company tersebut di sedari oleh seorang Sarjan yang berkhidmat lama dalam Company tersebut. Beliau melaporkan tentang pergolakan ini kepada Captain mereka yang merupakan bekas Lieutenant Company tersebut yang telah dinaikan pangkat oleh kerana kecekapanya dalam kempen perperangan terdahulu.

Tetapi Captain tersebut, tidak banyak boleh merubah arahan pihak atasan.Atas arahan pihak atasan, Captain tersebut terpaksa melantik Lieutenant yang baru itu , untuk mengetuai serangan membersihkan satu kawasan pekan kecil berhampiran tempat mereka bertahan.

Namun pada hari serangan, lain pula yang jadinya, Lieutenant yang baru itu gagal berfungsi dengan baik untuk memberi arahan serangan kepada anggota - anggota bawahan, sehingga menyebabkan beberapa anggota terkorban atas kecuaian beliau.Namun atas arahan Captain tersebut, Lieutenant tersebut dikeluarkan dan diggantikan dengan seorang Lieutenant dari Company lain dengan serta merta dan Lieutenant ini berjaya mengetuai serangan tersebut dengan baik sehingga mereka berjaya menaluki kawasan tersebut.


Apa yang kita boleh ambil dari kisah ini adalah Kepimpinan dan Inspirasi.

Kepimpinan
Benarlah, tanpa kepimpinan yang mantap, atau kehilanganya pimpinan, memang hancurlah keadaan organisasi,keluarga ataupun apa apa instisusi sekalipun
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh memberi inspirasi pada semua orang bawahannya,tanpa ada batasan pangkat ataupun darjat.
Kehilangan serorang pimpinan, membawa binasa, jika tidak digantikan dengan orang lain yang betul2 berkapasiti membawa organisasi tersebut.
Kehilangan pimpinan, memberikan kesan kepada golongan bawahan, golongan bawahan hilang arah petunjuk sehingga memberikan kesan yang besar pada organisasi.
Namun harus dingat, semua orang adalah pemimpin,memimpin tidak kira pada mana peringkat sekalipun.
Mahu tidak mahu, perlu dingatkan semua akan menjadi pemimpin, pemimpin pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara malah dunia.

Inspirasi
Inspirasi, semua mampu memberi inspirasi atas apa yang mereka lakukan. Setiap daripada kita pernah melakukan sesuatu yang orang lain tidak pernah lakukan, inlah inspirasi boleh dikongsi bersama sama dengan semua orang.

Inspirasi memberikan semangat baru pada semua orang, walaupun itu hanya sebuah cerita atau watak hidup. Namun kesanya sangatlah besar pada 'Çircle of Influence' kita jika disalurkan dengan tepat.

Inspirasi menggerakan manusia ke arah positif, maka berilah Inspirasi kita pada mereka yang memerlukan.

Jangan lihat dirimu dari satu sisi, ia akan dilihat jelek dan pudar. Lihatlah pada satu sisi yang berbeza , kelak kamu terasa diri kamu diperlukan dan memberi harapan pada seseorang.


Nasihat pada diri sendiri: Saya sudah kehilangan orang yang memberi inspirasi kepada diri saya, kini tibalah pula masanya saya bangun dan memberi inspirasi kepada yang lain agar kehidupan dapat diteruskan sementara menunggu di persimpangan kematian.Namun banyak lagi perlu diperbaiki sepanjang perjalanan ini.


P.S:Cerita ini terdapat beberapa istilah ketenteraan. Maka gunalah Wikipedia untuk mendapat gambaran lebih jelas

Owh, Ramadan

|
Salam

Owh, Ramadan hampir berlalu.
Pantas berlalu tanpa menunggu kita,

Owh, Ramadan pergi selaju itu.
Sudahku  ketuk pintu hati?

Owh, Ramadan janganlah pergi,
Baruku tahu siapa diri ini.

Owh, Ramadan yang setahun sekali,
Ramainya yang teruji diri.

Owh, Ramadan berlalu lagi,
Mengapa ramai mencemar diri

Owh, Ramadan yang hanya sebulan,
Cukupkah ikhlasku dalam beribadah.

Owh, Ramadan membawa iktibar,
Teruji kali ini sifatnya sabar.

Owh, Ramadan kali ini.
Pastinya aku tak berjumpa lagi.

Owh, Ramadan yang cepat bergerak,
Semoga kita bertemu lagi.

Owh, Ramadan tetamu dirindui,
Aku berdoa berjumpa lagi.