Exam Tamat,Hati Terkejut

|
Salam.

Alhamdullilah,segala puji bagi Allah perperiksaan habis semalam.Setelah Berusaha,hanya pada Allah saya berserah semoga mendapat markah yang selayaknya atas apa yang diusahakan.

Sepanjang perperiksaan banyak peristiwa yang berlaku di luar sana.Maklumlah,sepanjang hanpir sebulan,saya tidak keluar dari campus University of Warwick. Masa banyak dihabiskan di libary Prayer Hall.

أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُواْ هَـذِهِ مِنْ عِندِ اللّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ هَـذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلًّ مِّنْ عِندِ اللّهِ فَمَا لِهَـؤُلاء الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثاً
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
Surah An-Nisaa', Ayat 78

Peristiwa pertama:Air France 447

Sebuah persawat komersial,yang terhempas di lautan Atlantik dalm perjalan dari Rio de Janeiro ke Paris.Mengorbankan hampir 80 orang termasuk rakan segraduate dan sekerja akak saya di Ireland.

Peristiwa kedua:Solat Jemaah Isyak,Masjid Al Furqan,Kampung Air Tempayan,Naratiwat.

Serangan berdarah mengorbankan 12 orang ahli solat jemaah Isyak.Dua orang yang tidak dikenali melepaskan tembakan ketika imam membacakan al-fatihah pada rakaat kedua.

Kedua-dua peristiwa ini,saya dan semua orang pernah lakukan.Naik kapal,terbang dan Solat Berjemaah.Benarlah kematian ini tidak mengenal usia,masa dan tempat.Walaupun kedua-dua peristiwa ini dianggap sebagai kemalangan,adakah kita dapat mengelak dari kemalangan tersebut?

Maka kematian itu adalah tunangan bagi mereka yang hidup.Bila-bila masa sahaja kita akan dikahwinkan denganya.

Ini adalah peringatan bagi saya yang baru habis exam...

0 comments: