Salam
Jaulah ke Ceska Republika memang sangat menarik.Tanpa disangka saudara Syauqi menjemput saya untuk bersamanya untuk pergi ke Praha bersamanya.Di sini saya akan mencatatkan catatan perjalanan saya dari Warwick ke Praha
Ahad 22 March 2009
Kira jam 1530,kami menjejakan kaki kat Lapangan Terbang RuzynÄ› sambil di sambut mesra oleh saudara Meor Muslih,pelajar perubatan di Charles University(betul ker?).Prague satu kota yang aku kenali hanya di buku buku sejarah mengenai sejarah Mobalisasi 1938 yang menyaksikan pendudukan Jerman terhadap Czechoslovakia pada 1938 secara aman.
Meor membawa kami pulang ke rumahnya yang berhampiran dengan sungai Vltava,sangat besar dan ramai ruamh Meor,dan ada dintaranya telah aku kenal semasa Program PUISI seperti Anep dan Wafi.Dalam perjalanan kerumah Meor kami mengunakan semua kenderaan awam yang ada di Praha,iaitu Bas,Metro dan Tram.
Pada petang tersebuat juga Meor membawa kami pergi untuk menukarkan matawang kami dari Pound Sterling kepada Czech Koruna.Tanpa mengunakan sebarang kenderaan awam kami berjalan-jalan sekeliling Praha.
Tempat pertama yang kami lalui adalah Dancing house ataupun dalam bahasa Melayunya adalah Rumah Menari.Memang sangat menarik reka bentuk rumah itu,seperti orang menari.Lain daripada bangunan yang lain yang di bina dengan seni bina yang klasik dan tradisonal.
Pandangan daripada atas jambatan itu sangat hebat....Subahanallah.
Kami berjaya menukarkan matawang kami,bersolat Maghrib dan makan di kedai Pakistan.Selepas itu kami berjalan jalan di sekeliling Praha.
To love?
9 years ago
0 comments:
Post a Comment