Less ATP week

|
Salam.

Sekadar gambar hiasan,perubahan cuaca,jalan balik ke main campus tetap sama


Berakhirnya klas arab semalam,menandakan bahawa aku hanya tinggal dua kelas sahaja dalam minggu ini.

Satu kelas pukul 10 -11 pagi tadi
satu lagi kelas pukul 10 -11 pagi esok.

minggu ini tiada test,tiada lab ....less harmful...

tapi perlu beringat.....masa tidak boleh dibazir sebegitu sahaja...

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).

“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (HR Tirmizi).


 “Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya” (H.R al-Tirmizi).


So,nak buat aper hari ini dan esok:


Simple checklist


Masak:Nasi Beriani Snow dah siap untuk dua proportion,lunch dengan dinner.Tapi asal aku letak ayam ciput jer,ayam dalam nasi dah tak nampak...

Kemas Bilik:belum lagi...kena kemas

Basuh baju:Dah menimbun dan membusut...kena pecah duit kat costcutter

Kemas Nota:Kena buat,berterabur..

Barang dapur:Kentang macam dah abis...costcutter sudah

Bersenam:Malam karang buleh...(Snowwar between gibbet hill and main campus)


1 comments:

samsooL said...

aishh.. ni yang tak best ni... masak-masak tapi takder jemputan nih..