Membalut luka dengan senyuman

|
Salam

Dah lama tidak update blog. Mungkin final exam dan kesibukan  yang sangat mencemburui aku daripada menulis sesuatu.

Kehidupan selama setengah tahun dihabiskan masa dengan berfikir. Terlalu banyak berfikir. Berfikir berfikir dan berfikir.Membuatkan aku menjadi 'stagnant' dalam masa yang agak lama.

Mungkin aku selalu mengharapkan keajaiban untuk berlaku.Mungkin aku selalu berharap mimpi indah dari tidur menjadi kenyataan.

Teruskan dengan memandang kepada positif dalam kehidupan. Menyembunyikan realiti daripada diri sendiri. Membalutnya dengan plastik hitam, masukan realiti tersebut ke dalam peti besi yang kukuh dan tanam peti besi itu di dalam tanam sedalam dalamnya.

Rakan - rakan disekeliling mampu memberikan pandangan dan teguran, namun aku seorang manusia yang lemah. Aku bukan seorang ASIMO yang berpusing2 dengan hati yang mati.

Membalut luka dengan senyuman yang menyembuhkan. Allah tunjukanku jalan!

Spring is come

|
Salam

Terbaring di padang hijau
Rumput yang umpama permaidani
Lihat pada langit yang membumbung
Burung berkicauan pada matahari yang jauh

Angin bertiup sepoi sepoi bahasa
Meniup memori bicara semalam
Tiupan angin sebagai petanda
Menyegarkan pada kembara yang letih

Bunga - bunga berkembang mulai menggoda
Para kumbang dan lebah yang melata
Bukankah hati sudah berkata
Kembalilah kepada yang Maha Esa

Tunas tunas mula berkembangan
Menghijau pohon dan taman
Pandangan mulai berhadapan
Pada kecantikan alam ciptaan tuhan

Kaki yang melangkah jangan di peduli
Fikiran dan hati haruslah selari
Ikutkan hati akan mati
Fikiran serabut bukan pengakhir

Kembali pada alam
Lihat pada burung yang terbang melayar
Pucuk pucuk yang melambai lambai
Bukan satu pemergian tetapi satu harapan

Terdiam di tepi laluan
Bunyi angin dan kicauan
Sebagai alunan zikir kepada Ilahi
Tanda kebesaran jangan kita hilangkan
Semoga Allah mudahkan perjalanan.

-Jogging Path, Redfern Flats-

20 Feb : Life is open secret

|
Salam

Hari 20 Feb, antara tarikh yang penting dalam hidup saya. Tarikh lahir arwah Abah. Kadang - kadang masih sukar untuk aku berdiri kukuh di atas kaki sendiri. Ia terlalu berat dan sukar. Kehilanganya memberikan kesan impak yang sangat besar dalam kehidupanku.

Terlalu banyak perkara telah aku coretkan di sini, aku bukanlah mahu menyerah dengan mengikut arus, namun aku perlu bangkit melawan arus.

Aku teringat analogi kapal dan tukang kayu oleh Said Nursi Badiuzzaman , aku tidak mahu menjadi tukang kayu yang hanya memikul kayu disepanjang perjalanan,

Terlalu banyak perkara telah aku lalui, kehidupan ini terasa pendek, perkara berlalu dengan pantas, aku akan menghampiri pada penghujungnya yang belum pasti.

Benar,' life is a open secret ' I am trying my best, to be strong. Sometimes, our life not like the fairytale before we sleep, there are many secrets behinds what is happens.

Look back, think from different perspective, and  keep breathing under the light of Allah. I remember the Doctor and Child analogy from Said Nursi,

Please, be strong my friend :)
Allahuálam

On the junction

|
Salam

Apabila melihat pada keadaan sekarang, aku sering tertanya - tanya pada jalan yang patut aku pilih. Walaupun jalan yang ada tidak begitu mudah dan menyakitkan, ia perlu ditempuhi walau sepayah mana ia.

Aku sudah berjalan jauh dan kadang - kadang aku ingin menyandarkan diri pada batang - batang kayu ditepi jalan untuk menghilangkan lelah. Namun aku tidak mampu, kerana ia masih tidak menghilangkan penat.

Ranjau bukan penghalang, dan bukan alasan. Bangkit berjalan dan terus mara ke hadapan.

Stop and Observe

|
Salam

Pembelajaran paling berharga adalah pengalaman.Aku teringat pada satu ketika, selepas SPM, takala semua sedang sibuk untuk masuk kelas memandu, aku teringat aku pernah memerah keringat di Pasar Tani dan Pasar Malam selama 6 bulan secara berterusan untuk mencari sesuap rezeki.

Ia bagaikan satu pembelajaran yang sangat berharga untuk aku berdikari.Sungguh, tugasan yang diberikan oleh arwah abah merupakan tugas melalui kepercayaan, pada mulanya, memang agak berat untuk arwah abah memberikan beberapa tugas yang sangat penting untuk mendirikan gerai, seperti contoh, untuk memasang payung untuk memberikan perlindungan yang maksimum kepada barangan jualan.Teknik memasang payung merupakan salah satu teknik yang agak penting. Ini memastikan, barang jualan tidak basah ketika hujan, tidak panas ketika matahari memancar, dan memberikan keselesaan total kepada pembeli dan penjual.Pada mulanya, aku tidak dibenarkan untuk memasang atau 'set up' payung, namun lama kelamaan aku dibenarkan atas kepercayaan.Kepercayaan yang dipupuk, merupkan satu amanah yang sangat berat.Cuba lihat pada kehidupan kini, terlalu banyak amanah yang dipegang, berapa banyakah yang mampu kita jalankan dengan baik?

Aku juga mula menjual barangan secara kecil -kecilan di samping gerai yang besar milik arwah abah.Dimulakan dengan duit lebih biasiswa dari MRSM, lebih kurang RM 100, aku mula menjual gula - gula dan coklat.Walaupun untungnya tidak lah lumayan, namun, seingat aku, aku mampu untuk berdikari membeli beberapa barangan idaman serta, aku menggunakan wang tersebut, sebagai wang belanja tambahan semasa aku mendaftar Matrikulasi dan A -Level. Aku mampu untuk mendapat untung bersih dalam Rm 20 -30 dalam satu kali perniagaan.Aku sangat - sangat menjaga dalam soal penggunaan wang secara berhemah dan tertib, kerana, aku pernah merasa bukan mudah untuk mendapatkan wang.

Sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan tapak pasar tani, banyak kenangan yang membuatkan aku tersenyum dan sedih. Terlalu banyak usaha dan keringat yang dicurahkan oleh segenap manusia di situ, yang berjuang untuk mencari sesuap rezeki. Semangat untuk meneruskan kehidupan.Walaupun banyak perkara yang menekan, mereka terus bangkit untuk teruskan kehidupan.Ada diantara mereka merupakan golongan terpelajar, namun nasib tidak menyebelahi mereka untuk hidup dengan mudah.

P.S : Regime Mubarak dan Ben Ali ? Pernahkah mereka memikirkan nasib golongan dibawah? Adakah serupa yang berlaku di Malaysia?

Memory and Dream

|
Salam

Cubitan sayang Allah, mungkin membuka mata yang lena dan berat.
Tersedar dari mimpi indah kepada realiti.
Lamunan terhenti seketika.
Memandang belakang pada jalan yang telah dilalui.

Penuh seribu rahsia serta kenangan.
Mencorak pandangan pada hari ini
Memandang kehadapan pada belum pasti.
Hanya bergantung pada Ilahi.
Atas jalan yang terbentang kini.

Published with Blogger-droid v1.6.5

Jejak - jejak dunia

|
Salam

Aku melihat pada dunia yang ku jejaki semalam
Penuh dengan keringat yang tercicir di sepanjang jalan
Penuh dengan darah yang menitis setiap masa
Dari luka badan yang tidak berkesudahan

Duri duri menghalangi jalan
Ku menebas untuk menyebrangi hutan
Andai ku terjatuh diatas laluan
Jangan terlupa diri ku kawan

Kawan membantu sepanjang jalan
Dengan rahmat panduan Tuhan
Andai diri ini tersesat jalan
Kembalilah diri kepada Tuhan

Jalan hadapan mulai berdebu
Tidak ku pasti arah ku tuju
Tapi ku pasti jalan ku satu
Tersilap jalan bukanlah penentu

Aku mewarnai cerah kelam dunia
Namun jangan lupa pada yang berkuasa
Andai diri terlupa pada pencipta
Jangan terlupa pada kurnianya

Aku langkah dengan pasti
mengharap yang dirancang menjadi
Jalan kekadang berduri atau mati
Jangan lupa pada empunya diri

Berdoa dan berharap
Kasih sayang dan rahmat dari Allah
Berusaha dan berkerja
Bermatlamatkan Tuhan bukan manusia

Between Progressive and Conservative in our journey

|
Salam

Travelodge Coventry 0100

Mengimbau kepada masa silam, sering memberikan aku inspirasi untuk meneruskan kembali kehidupan. Banyaknya pengajaran dan pengalaman yang ditimba membuat langkah - langkah kehidupan seterusnya lebih mencabar dan ketahanan mental dan emosi yang tinggi.

Kehidupan yang berlalu sepanjang beberapa tahun ini membuatkan aku terfikir tentang ketentuan Allah.Setiap pengalaman yang berlalu, saya kutip dan saya simpan untuk rujukan masa hadapan. Banyak maunsia sering suka melupakan kisah silamnya, tanpa mengambil pengajaran daripadanya, membuatkan kita sering mengulang kesilapan yang kita pernah lakukan sekali lagi.

Kita sering melaungkan perubahan. Tanpa sedari, kita juga merupakan insan yang takut untuk berubah. Kadangkala kita menganggap kita seorang terbaik, dan tanpa kita sedari, kita juga merupakan seorang manusia yang lemah juga.

Semalam dunia dikejutkan dengan protest daripada rakyat Tunsia yang menuntut kepada perubahan di dalam negara. President nya Zine Abdine yang memerintah sejak daripada 1987 sehingga kini. Satu pemerintahan yang lama dan authoritarian. Beliau terlibat dalam rampasan kuasa secara coup de etat bagi president sebelum ini Habib Bourgiba. Beliau ingin membawa kepada perubahan (progressive) tetapi dari segi masa yang sama beliau seorang yang (conservative ) takut kepada kejatuhan beliau sebagai seorang president. Beliau terlupa akan kesilapan lalu yang dilalui oleh president sebelumnya.Penyakit pemimpin politik agaknya?

Adakah kita seorang yang terlalu conservative? Adakah perubahan yang kita ingin lakukan (progressive) akan  membawa kebaikan? Marilah kita kembali kepada al quran dan sunnah serta common sense yang semakin menghilang dalam kehidupan sekarang ini.Jangan takut untuk berubah, dan pastikan langkah itu tepat, serta berdoa agar dimudahkan dalam perjalanan kehidupan.

Rainy Day

|
Salam

Hujan rintik - rintik membasahi jalan ke Redfern. Sungguh dingin dan sejuk. Segar dan menenangkan.
Dunia tetap berputar meskipun kita sudah tersadung ke bumi.Hujan, panas, sejuk dan salji.

Maka setiap hari saya perlu kuat melawan arus. Terlalu banyak yang menggangu minda. Berserabut. Tekanan.
Mungkinkah itu ilusi bayangan sendiri.Covey menganalisis bahawa diri insan banyak membuat kepungan diri sendiri daripada maju.

Hati berbunga perlu diawasi dan dijagai. Semoga semangat ini tidak tenggelam hanya di dini. Sana menjanjikan peluang yang luas dalam berbakti. Semuga terus berlari, hingga sampai menemui ilahi.

Jangan disangka senyap tidak berdaya, Jangan disangka hutan tidak berpunya, Jangan disangka lautan tidak bebuaya, namun semua yang tersirat pasti berbisa dan menduga. Namun jangan patah hati, jangan pula cepat melarikan diri.

Focus and prioritize

|
Salam

Dalam kehidupan, terlalu banyak perkara yang kita ingin capai dan perlu hadapi. Tetapi sejauh mana kita focus dalam apa yang kita lakukan. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga kita tengelam dalam kesibukan yang  kita akan hadapi

Cuba renung kembali, apabila kita hendak solat, ketika kita hendak memusatkan tumpuan kepada Allah S.W.T, ketika itulah segala macam kesibukan dan hal - hal di dalam dunia mula keluar dan menggangu tumpuan. Pada pandangan saya, kita seharusnya berfikir seketika dalam satu satu perkara dengan memusatkan tumpuan terhadap apa yang perlu dilakukan.Tarik nafas dan fikir kembali terhadap apa yang hendak kita lakukan.

Terlalu banyak perkara yang menganggu?

Kehidupan di dunia, terdapat pelbagai ragam  dan perkara yang akan dihadapi. Namun cuba kita fikirkan kembali, kita terlalu memusatkan kepada perkara - perkara yang tidak perlu sehingga kita terlupa kepada - kepada ranting yang perlu kita tekankan.

Sejujurnya, tanpa prioritize, kehidupan akan menjadi kelam kabut dan tidak teratur.Banyak perkara penting gagal disiapkan sehingga menyebabkan kerja tidak berjalan dan tersangkut.

Ya saya perlu focus dan lebih perlu berhati hati terhadap perkara yang perlu dilakukan.

Allahuállam