Jejak - jejak dunia

|
Salam

Aku melihat pada dunia yang ku jejaki semalam
Penuh dengan keringat yang tercicir di sepanjang jalan
Penuh dengan darah yang menitis setiap masa
Dari luka badan yang tidak berkesudahan

Duri duri menghalangi jalan
Ku menebas untuk menyebrangi hutan
Andai ku terjatuh diatas laluan
Jangan terlupa diri ku kawan

Kawan membantu sepanjang jalan
Dengan rahmat panduan Tuhan
Andai diri ini tersesat jalan
Kembalilah diri kepada Tuhan

Jalan hadapan mulai berdebu
Tidak ku pasti arah ku tuju
Tapi ku pasti jalan ku satu
Tersilap jalan bukanlah penentu

Aku mewarnai cerah kelam dunia
Namun jangan lupa pada yang berkuasa
Andai diri terlupa pada pencipta
Jangan terlupa pada kurnianya

Aku langkah dengan pasti
mengharap yang dirancang menjadi
Jalan kekadang berduri atau mati
Jangan lupa pada empunya diri

Berdoa dan berharap
Kasih sayang dan rahmat dari Allah
Berusaha dan berkerja
Bermatlamatkan Tuhan bukan manusia

Between Progressive and Conservative in our journey

|
Salam

Travelodge Coventry 0100

Mengimbau kepada masa silam, sering memberikan aku inspirasi untuk meneruskan kembali kehidupan. Banyaknya pengajaran dan pengalaman yang ditimba membuat langkah - langkah kehidupan seterusnya lebih mencabar dan ketahanan mental dan emosi yang tinggi.

Kehidupan yang berlalu sepanjang beberapa tahun ini membuatkan aku terfikir tentang ketentuan Allah.Setiap pengalaman yang berlalu, saya kutip dan saya simpan untuk rujukan masa hadapan. Banyak maunsia sering suka melupakan kisah silamnya, tanpa mengambil pengajaran daripadanya, membuatkan kita sering mengulang kesilapan yang kita pernah lakukan sekali lagi.

Kita sering melaungkan perubahan. Tanpa sedari, kita juga merupakan insan yang takut untuk berubah. Kadangkala kita menganggap kita seorang terbaik, dan tanpa kita sedari, kita juga merupakan seorang manusia yang lemah juga.

Semalam dunia dikejutkan dengan protest daripada rakyat Tunsia yang menuntut kepada perubahan di dalam negara. President nya Zine Abdine yang memerintah sejak daripada 1987 sehingga kini. Satu pemerintahan yang lama dan authoritarian. Beliau terlibat dalam rampasan kuasa secara coup de etat bagi president sebelum ini Habib Bourgiba. Beliau ingin membawa kepada perubahan (progressive) tetapi dari segi masa yang sama beliau seorang yang (conservative ) takut kepada kejatuhan beliau sebagai seorang president. Beliau terlupa akan kesilapan lalu yang dilalui oleh president sebelumnya.Penyakit pemimpin politik agaknya?

Adakah kita seorang yang terlalu conservative? Adakah perubahan yang kita ingin lakukan (progressive) akan  membawa kebaikan? Marilah kita kembali kepada al quran dan sunnah serta common sense yang semakin menghilang dalam kehidupan sekarang ini.Jangan takut untuk berubah, dan pastikan langkah itu tepat, serta berdoa agar dimudahkan dalam perjalanan kehidupan.

Rainy Day

|
Salam

Hujan rintik - rintik membasahi jalan ke Redfern. Sungguh dingin dan sejuk. Segar dan menenangkan.
Dunia tetap berputar meskipun kita sudah tersadung ke bumi.Hujan, panas, sejuk dan salji.

Maka setiap hari saya perlu kuat melawan arus. Terlalu banyak yang menggangu minda. Berserabut. Tekanan.
Mungkinkah itu ilusi bayangan sendiri.Covey menganalisis bahawa diri insan banyak membuat kepungan diri sendiri daripada maju.

Hati berbunga perlu diawasi dan dijagai. Semoga semangat ini tidak tenggelam hanya di dini. Sana menjanjikan peluang yang luas dalam berbakti. Semuga terus berlari, hingga sampai menemui ilahi.

Jangan disangka senyap tidak berdaya, Jangan disangka hutan tidak berpunya, Jangan disangka lautan tidak bebuaya, namun semua yang tersirat pasti berbisa dan menduga. Namun jangan patah hati, jangan pula cepat melarikan diri.

Focus and prioritize

|
Salam

Dalam kehidupan, terlalu banyak perkara yang kita ingin capai dan perlu hadapi. Tetapi sejauh mana kita focus dalam apa yang kita lakukan. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga kita tengelam dalam kesibukan yang  kita akan hadapi

Cuba renung kembali, apabila kita hendak solat, ketika kita hendak memusatkan tumpuan kepada Allah S.W.T, ketika itulah segala macam kesibukan dan hal - hal di dalam dunia mula keluar dan menggangu tumpuan. Pada pandangan saya, kita seharusnya berfikir seketika dalam satu satu perkara dengan memusatkan tumpuan terhadap apa yang perlu dilakukan.Tarik nafas dan fikir kembali terhadap apa yang hendak kita lakukan.

Terlalu banyak perkara yang menganggu?

Kehidupan di dunia, terdapat pelbagai ragam  dan perkara yang akan dihadapi. Namun cuba kita fikirkan kembali, kita terlalu memusatkan kepada perkara - perkara yang tidak perlu sehingga kita terlupa kepada - kepada ranting yang perlu kita tekankan.

Sejujurnya, tanpa prioritize, kehidupan akan menjadi kelam kabut dan tidak teratur.Banyak perkara penting gagal disiapkan sehingga menyebabkan kerja tidak berjalan dan tersangkut.

Ya saya perlu focus dan lebih perlu berhati hati terhadap perkara yang perlu dilakukan.

Allahuállam