Mencari Jasin Yang Hilang

|
Salam

Bersama sama Tugu No 1 di Malaysia
SPM 2005(Batch Saya)


Dua Hari satu malam aku berkampung di MRSM Tun Ghafar Baba atau lebih di kenali dengan MRSM Jasin untuk program bersama - sama pelajar2 tingkatan 5 yang mengambil bakal mengambil SPM pada tahun 2009.

Aku di minta untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar Mrsm tentang haluan mereka selepas habis tamat sekolah.Aku mewakili bidang A- Level.

Alhamdullilah,kunjungan yang sangat-sangat ramai ke booth A -level yang tak berhenti -henti dari jam 10.30 hingga 1.30.Tidak henti -henti saya menjawab pelbagai soalan yang diajukan.Ternyata pelajar-pelajar ini sangat bersemangat untuk melanjutkan pelajaran.

Insyaallah adik-adik semua,anda boleh!!!

Seminggu

|
Salam.

Sudah seminggu aku pulang ke Malaysia.

Baru hari ini aku dapat guna internet walaupun aku dah daftar Celcom Broadband dua tiga hari yang lalu.Kampung aku ini hulu raya,walaupun broadband,tapi tak mungkin aku akan dapat kelajuan broadband.Ini pun aku terpaksa online dekat belakang rumah,dekat dengan pokok betik belakang rumah.Baru ader internet.Kalau duduk dalam bilik,alamatnya sampai aku balik UK tak boleh guna internet.

No Telefon Saya boleh didapati melalui YM sahaja....

Transit di Dubai

|

Salam



Kamera pulak rosak....sigh dan haih
6 jam sudah berlalu tinggal lagi 6 jam
Selamat Tinggal UK dan Selamat Datang Malaysia

2 July 2009

Dubai International - Kuala Lumpur International -Melaka

Pulang Ke Malaysia

|

Salam

Setelah hampir 10 bulan aku berada di UK,kini tiba masanya aku pulang ke Malaysia.Mungkin ramai sahabat-sahabatku telah pulang ke Malaysia terlebih dahulu,dan aku baru sahaja pulang ke tempat tumpah darahku.

Doakan saya selamat dalam flight saya nanti bersama Dzull dan Khairul.

Rabu,1July 2009

Cardiff Central-Brimingham New Street-Brimingham International-Dubai International

Salam Dari Cardiff