Homesick ker?

|
Salam,

Rindu pada kucing2 yg tersayang.....
hanya gambar pengubat rindu...

Kata -kata dalam Kapal Terbang

|
Salam.

Masa naik Kapal Terbang MAS masa nak fly ke sini,saya tergerak untuk membuka satu siaran Jejak Rasul.

Ada satu kata kata yang menarik yang saya petik:

Sesungguhnya dunia ini fana,
dunia ini tiada kekal.

Sesungguhnya dunia ini,

ibarat sarang labah labah.
Memadailah buat engkau
dunia ini.
Hai orang yang mencari rezeki,

hidup ini singkat sahaja.

Semua menuju kematian

Saidina Ali bin Abu Talib

Belajar melalui Youtube

|
Salam

Ini ada satu video cerita tentang cellular respiration(electron transport chains) bagi test jumaat ini.


http://www.youtube.com/watch?v=xbJ0nbzt5Kw

Secerah Pawana

|
Salam

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Green Week

|
Salam

Teh Tarik Singapore,Nasi Goreng Brunei dan Cucur Bawang Malaysia

|
Salam


Lama tak pekena teh tarik.Presiden SingSoc Warwick aka Yihang buatkan.Layan....
Nasi Goreng Brunei dan Cucur bawang Malaysia pelengkap bicara.
Jauh jugak ke Cryfield pavillion...haha tak pernah sampai pon.

Semangat Nasionalisme Arab

|
Salam.

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah di dorongi juga dengan semangat nasionalism yang disemai oleh British di kawasan Semenanjung Arab.Mereka melahirkan rasa tidak senang apabila mereka dinaungi oleh kerajaan Turki yang ratanya berbangsa turki bukan berbangsa arab.
T.E.Lawrence
Pernahkah anda dengar tentang cerita Lawrence of Arabia?Lelaki ini salah seorang yang telah mencanangkan revolusi Arab,untuk menentang kerajaan Turki Uthmaniah.


Bendera UAE

Bendera Syria

Bendera Palastine
Bendera Kuwait

Bendera Jordan

Bendera Iraq

Bendera Sudan
Bendera Yaman

Bendera Mesir

British juga telah mengalakkan pembinaan negara bangsa,iaitu pemecahan negara mengikut bangsa,bukan melalui empayar.Ini bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniah yang menguasai sebahagian besar balkan,semenanjung tanah arab,dan asia.Kerajaan Uthmaniah yang ketika itu digelar sebagai Orang Sakit Eropah akhirnya berjaya diruntuhkan oleh British pada tahun 1924.Ini boleh dilihat melalui penciptaan bendera negara Arab melalui gabungan warna hitam ,putih,merah dan hijau oleh salah seorang pegawai British,Mark Sykes.


Saya hanya menyingkap sedikit bagaimana kejatuhan khilafah Turki Uthmaniah.Revolusi Arab salah satu daripada sebab utamanya.Hanya berkongsi ringkasan sejarah sahaja.Adalah lebik baik kepada semua untuk terus membuat kajian sendiri berdasarkan apa yang saya tulis.Insyaallah akan menjadi pengajaran dalam hidup anda.

Restore Hope

|

Salam.

Memang benar kasih sayang mengembirakan.Balik daripada kelas Animal and Plant Biology,saya menerima panggilan daripada Kak Tila,isteri sepupu saya yang kini mengambil PhD di Warwick.Dia mengatakan bahawa.bungkusan yang Abang Aidil dengan Kak Angah bawa dari Malaysia telah sampai,dan Kak Tila ingin menghantarnya kepada saya.

Jadi,tadi saya telah menerima bungkusan dari Malaysia yang kira sangat banyak itu.Ubat -ubatan,rempah ratus,dakwat printer,Rendang Tok Instant,Kain pelikat,seluar jeans dan paling penting ikan bilis.

JZKK kepada Abah dan Mak.Bungkusan yang dibaluti dengan penuh kasih sayang sangat mengembirakan...

D.E.M.A.M

|
Salam.

Notis 24 jam.

Hari ini saya kurang sihat.Kepada sesiapa yang satu kelas dengan saya ,sila alertkan kepada pengajar atas ketidakhadiran saya pada hari ini.Doakan saya sembuh dan mampu untuk ke kelas semula.Insyaallah

JZKK

IAW Warwick 2009

|




Bila Waktu Tlah Berakhir

|
Salam


Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

Ilham

|
Salam.

Masa study citric acid cycle malam tadi muncul ilham untuk membuat satu rangkap kata kata:

Mengangkat tangan bukanlah tanda menyerah kalah,tapi tanda tawakal dari sebuah usaha sebagai senjata.


Ilham....bila 2 masa buleh muncul.

We Luv Gram Staining

|
Salam.

Habis tangan aku ,berbagai warna dekat tangan nie sbb experiment staining.Overall mmg best experiment tadi.....


Streaking Agar Plates

|
Salam.

Esok aku belajar nak buat agar plate.Hopefully menjadi dan teratur.

Iranian Revolution and Iran - Iraq War

|
Salam.

Kepulangan Ayatollah Khomeini dari France

Malam tadi aku menonton satu documentari yang menarik,bagaimana Revolusi Iran tercetus.Iran merupakan sekutu kuat Amerika satu ketika dulu di bawah pemerintahan Raja(Shah)Muhammad Reza Pahlavi,digulingkan dengan Revolusi Iran.
President Amerika Syarikat(1976-1980)
Jimmy Carter
Turut menceritakan mengenai krisis tebusan,ketika pelajar university Tehran menawan kedutaan Amerika dan menjadikan tebusan tersebut dalam masa lebih dari 50 bulan.Krisis ini menyebabkan kekalahan President Amerika ketika itu Jimmy Carter pada pilihanraya President 1980.Jom tengok.

Tiada lagi TES

|
Salam

WARWICKini

TES dirobohkan
Kerja perobohan giat dijalankan
Isnin 9 Feb 2009 Tocil,Warwick.Warga Malaysia di tocil yang tinggal berdekatan dengan TES bersyukur apabila TES dirobohkan.TES sebuah dewan serbaguna sementara dibina menggantikan beberapa bangunan utama seperti Butterworth Hall ,Student Union dan sebagainya yang sedang dinaik taraf.
TES semasa September 2008

TES selalu menjadi tempat utama bagi parti -parti yang dianjurkan oleh pihak university seperti Top Banana dan sebagainya.Parti -parti yang diadakan hampir setiap malam mengeluarkan bunyi yang bising.Dzull Fefry,pelajar jurusan ekonomi tahun pertama di Warwick sering mengadu kepada penulis tentang bunyi bising yang datang dari TES.

Parti-parti itu kini dipindahkan tempat ke TEMPO yang berada di dalam bangunan Student Union.Maka warga -warga Tocil(Faten,Dzull,Alia,Hazim,Najib,Dan Hafiz) boleh consentrate pada pebelajaran masing.Haha

Dari hujan sampai jadi salji

|
Salam.

Perjalanan dari tocil ke prayer hall samalah jugak dari kg.diamond ker musolla as -saad.

Sebelum Maghrib tadi,kira pukul 5 ak berjalan dari tocil,dengan hujan yang mula lebat turun.
Tatkala dipertengahan jalan,ia mula menjadi hujan batu.

Sesampainya di prayer hall.sedikit sahaja manusia yang berade di sana.Imam maghrib hari ini ialah brother Dawud.

Balik jer dari prayer hall,suasana berubah menjadi lain.Mula flurries yang turun,pas 2 digantikan pula dengan salji yang mula menebal dan menutupi jalan ku ke tocil.Sekarang aku hanya memerhatikan salji atau flurries yang saling bergantian turun dari langit ini dari tingkap bilik aku.

Sayunya jiwa aku seorang insan yang bertaraf hamba.........

Subahanallah,sungguh berkuasa Allah S.w.t

Titik Pusat Titik Perubahan

|
Salam.

Sedar x sedar,sekarang sudah masuk minggu 15 dari 30 minggu course Biological Sciences,University of Warwick.Kira2 ini adalah titik pusat bagi 2008-2009.

Mmg kena banyak berubah,beberapa hari ini otak aku ligat berfikir macam mana untuk nak dapat First Class.
Kena membuat perancangan yang betul2 terapi dan teratur...

Jom Ubah!
Failing to Plan
Is Planning to Fail
Just keep in mind that Allah is the best planner

Less ATP week

|
Salam.

Sekadar gambar hiasan,perubahan cuaca,jalan balik ke main campus tetap sama


Berakhirnya klas arab semalam,menandakan bahawa aku hanya tinggal dua kelas sahaja dalam minggu ini.

Satu kelas pukul 10 -11 pagi tadi
satu lagi kelas pukul 10 -11 pagi esok.

minggu ini tiada test,tiada lab ....less harmful...

tapi perlu beringat.....masa tidak boleh dibazir sebegitu sahaja...

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).

“Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (HR Tirmizi).


 “Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya” (H.R al-Tirmizi).


So,nak buat aper hari ini dan esok:


Simple checklist


Masak:Nasi Beriani Snow dah siap untuk dua proportion,lunch dengan dinner.Tapi asal aku letak ayam ciput jer,ayam dalam nasi dah tak nampak...

Kemas Bilik:belum lagi...kena kemas

Basuh baju:Dah menimbun dan membusut...kena pecah duit kat costcutter

Kemas Nota:Kena buat,berterabur..

Barang dapur:Kentang macam dah abis...costcutter sudah

Bersenam:Malam karang buleh...(Snowwar between gibbet hill and main campus)


Situasi Perak terbaru.....

|
Salam

Kronologi setakat 5.35 petang...


5:35pm Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak.

Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana.


5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.


4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.

Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.


3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.


kemaskini 3:25pm Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim "diculik".

Perang 6 hari

|
Salam

Mari kita menyingkap kembali sejarah silam isu Arab -Israel.Saya rasa ramai yang tidak tahu apa yang bakal saya sebut.

Perang 6 hari
Kawasan yang di occupied oleh Israel


Syria,Iraq,Mesir dan Jordan pernah berperang dengan Israel sehingga Mesir kehilangan semenanjung Sinai,Syira kehilangan Bukit Golan.Jordan kehilangan beberapa kawasan miliknya.Tebing Barat dan semenanjung Gaza turut di tawan Israel.Ada beberapa peristiwa yang saling berpaut di antara satu sama lain.


Jumlah anggota negara Arab yang terlibat.

Kekalahan yang besar pada tentera negara Arab.Arab kehilangan lebih dari 20,000 anggota.Di bandingkan dengan Israel yang kehilangan 800 anggota.Tetapi,sumber ini tidak dapat dipastikan oleh kerana sumber yang agak bias.

Ini just a introduction,tapi kalau nak tahu dengan lebih lanjut,buleh la surf
internet.Tetapi,most of the web site agak bias pada  Israel termasuk wikipedia,so pandailah korang nilai sendiri.




21A SPM? Ader 21 A A-levels(23 subjects diambil)

|
Salam

Kilk Sini

21 A ,1B,1C(general further mathematics) = 23 A-level

WOW.Hebat giler mamat nie..Ali Nawaz..

Sekarang belajar dekat University of Cambridge(Computer Science)

Sekejap Sangat

|
Salam.

1Feb 2009

Rasa sekejap masa berlalu....Sedar sedar,dah masuk minggu ke 15 dalam pengajian aku di Warwick.4 bulan lebih sedikit berada di UK berlalu umpama masa larian Dr M Jegatesan masa Sukan Asia 1966....

Perlu lebih serious...pada semua aspek
Umur semakin tua
Periksa dan kematian semakin dekat
Masa umpama mergastua
Terbang pergi bila dekat


Masa semakin suntuk...