What you give,You get back...

|

Salam
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Surah Al- Baqarah 245

Tema Fuiyo tahun ini adalah seperti tajuk entri kali ini,Satu tajuk yang menarik,memberi makna pada hidup.Mengapa?

Ini kerana ape yang kita beri,kita akan dapat semula.Satu konsep yang perlu di amalkan dalam kehidupan kita seharian.Jika tiada balasan ketika di dunia,InsyaAllah di akhirat kelak akan mendapat balasan.

Mengapa pentingnya sifat memberi?

Jika kita lihat kepada kehidupan kita seharian di mana kita berada,berapa banyak masa kita guna untuk berkidmat kepada masyarakat selain daripada study?Kebanyakan masa kita dihabiskan dengan membuat perkara-perkara yang lebih kepada diri sendiri dan bukan untuk orang lain.Jika perkara perkara tersebut dapat membangunkan diri sangatlah berguna tetapi sebaliknya yang berlaku kini.....(ie Hedonism)

Jika kita fikirkan bersama ,selain study,banyak lagi ruang-ruang tenaga muda kita ini amat diperlukan dalam masyarakat...Masa muda bagi belia masa kini terlalu mudah disia-siakan begitu sahaja.Berseronok,berhibur secara melampau - lampau menjadi rencah kehidupan remaja yang normal.

Seharusnya,sebagai bunga bangsa,kita patut menyumbang sesuatu kepada masyarkat.Waktu-waktu ini patut dijadikan sebagai waktu latihan bagi setiap belia untuk menyumbang kepada masyarakat di samping mendapat segulung ijazah.Semasa zaman perkerjaan,kita memang akan dinilai dengan segulung ijazah,tetapi jika ditambah dengan pelbagai soft skill seperti communication skill,human resources skill,management yang kita timba dari aktivti yang berfaedah ketika zaman belia ini akan membantu diri kita dalam perkerjaan.

Mari kita bersedia untuk memberi sesuatu kepada masyarakat.
Jangan membuang masa lagi rakan2....

FUIYO 2009!

|
Salam

Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Program dan FC atas penganjuran Fuiyo 3rd edition!
What you give,you get back....

Salah satu video yang terkesan


Sedikit Salji

|

Salam

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tandakebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
Surah Yunus, Ayat 5

Hampir 4 hari salji turun di bumi UK.Tetapi sedikit sahaja turun di Coventry.Malu-malu sungguh...
Nak buat snowman x lepas...huhu

Tetapi puas hati bila ke German tempoh hari.Saljinya tebal dan sejuk.
Ciptaan Allah S.W.T sangat hebat!


Read!

|

Salam

Today a reader,tommorow a leader.

Margaret Fuller

Read....I need to read!

Masa Lapang

|

Salam

Baru sehari hidup tanpa tujuan(ie baru balik dari Spain dan Germany khamis yg lalu) masa lapang ini membunuh aku rupanya.
Banyak lagi matlamat tak tercapai masa cuti ini,Perlu diselesaikan,dengan segera.
Ayuh,manafaatkan masa lapang sebelum sibuk kembali...

Satu Pelayaran

|

Salam

Hari demi hari
aku melayari satu pelayaran
yang belum nampak hujungnya
tetapi jelas tujuanya?

Mungkin hari ini kelihatan cerah
matahari megahnya di angkasa
Laut beralun lembut sutera
Angin sepoi membantu pelayaran

Adakah hari esok seperti ini?
Matahari hilang entah ke mana
Ombak ganas memecah haluan
Angin bertiup meruntuhkan harapan

Tiada siapa yang ingin membantu
Berpaut pada satu keajaiban
Tanpa di sedari
Yang Maha Kuasa
Menguji hambanya

Dalam kecelaruan
terasa di umpama hamba
terlalu kerdil
Dalam ketenangan
terasa umpama maharaja
memerintah dunia

Pelayaran pasti berakhir
pelayaran pasti terhenti
pada yang memahami pengakhiran
perjalanan
dan
pada yang membangga dengan
kapalnya.....

Alhamdullilah

|

Salam

Essay dah siap.
Alhamdullilah......
(Atas sekadar gambar hiasan)

Knowledge

|
Salam

Without knowledge action is useless and knowledge without action is futile.
Saidina Abu Bakar Al Siddiq

6 - 5 =:(

|
Specchless......
Salam

6-5 = :(

Speechless.
Semoga Allah meredhai kehidupan kita bersama.

Ini langkahku(Winter Mode)

|

Salam

Hujan rintik menyapa jalanku,
Diselubungi angin kesejukan,
Awan tebal membumbungi sekitar,
Disisi pohon tidak lagi berdaun,

Walaupun dunia dirasa berbeza,
tidak lupa pada yang empunya,
mengapakah kita sering bermegah -megah
sedangkan nafas tidak mampu menariknya

Walaupun dunia dirasa berbeza
terkenang kisah silam
pada yang kelesuan
hilang teman panduan jalan

Mengapakah kita perlu kecewa?
Kita ada yang maha Kuasa
Bangun kembali dari kesilapanmu
Kembali melangkah tanpa berdalih lagi

Tiada daun berguguran lagi.
Sisa -sisa dihembus ke tepi
Kekuningan mewarnai jalanku
Bukan itu penghalangku

Laluan licin menjadi peneman
bukan alasan untuk bermimpi
tetapi menjadi kekuatan diri
bangun dari tidur dan berjuanglah!


Ingenuity

|
Salam

Never tell people how to do things.Tell them what to do and they will suprise you with their ingenuity.
George S.Patton

Minaret ban in Switzerland

|
Salam


Pada 29/11/09,referendum telah diadakan oleh kerajaan Switzerland untuk mengharamkan minaret(menara masjid),dan undian telah diadakan bagi referendum tersebut.57.5% bersetuju untuk mengharamkan pembinaan minaret lagi di Switzerland.4 minaret yang ada dikekalkan.Poster di atas adalah kempen dilakukan oleh satu parti politik bagi menarik perhatian pengundi untuk menyokong referendum tersebut.

Untuk maklumat selanjutnya

Wikipedia

5:8

|

Salam

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ
تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Surah Al -Maaidah ayat 8

East,West and Beyond

|


Salam


Secawan lagi mocha....

|

Salam

Bila tiba masa deadline,memang macam perkara boleh terjadi.Banyaknya tekanan menyebabkan kita sanggup buat sesuatu perkara yang tak mungkin kita buat semasa kita lapang.

Pengajaran;Alangkah bagusnya kita dapat buat kebaikan sekarang dan tinggalkan kejahatan apabila kita tahu suatu hari nanti kita akan mati dan amalan akan dikira?

Secawan lagi mocha stay up(entah main bantai jer nama dan resepi)

Resepi
2 sudu Hot Choc Tesco
1 sudu kecik Esspresso
Sedikit Madu.

History...

|
History,despite its wrenching pain,connot be lived,but if faced with courage,need not be lived again.
Maya Angelou

.....

|
Salam

The way to get started is to quit talking amd begin doing
Walt Disney

Ingatkah anda pada kisah ini?

|
Salam

Pembunuhan Marwa El-Sherbini pada 1 July 2009 yang lalu amat mengejutkan dunia Islam berberapa ketika.Jika anda tidak langsung mendengar tentang kisah ini...boleh kilik pada dua link di bawah.

Zaharuddin.Net

Wikipedia
Defendant Alex W. is brought into a courtroom of the district court in Dresden, eastern Germany on November 4. A German court has sentenced the Russian-born German man to life imprisonment for murdering a pregnant Egyptian woman, a crime that sparked outrage in the Muslim world

Sumber ;AFP

Maka si pembunuh celaka akhirnya dikenakan hukuman berat,tetapi sepatutnya patut lagi beratkan?

Kisah sedih ini memang sangat menyedihkan.

Adakah kita ambil peduli???

Open your heart,eyes and mind....see the truth.

....

|

Trust yourself.You know more than you know
Benjamin Spock

Perancangan

|

Salam

Perancangan yang teliti merupakan kunci ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.Tanpa perancangan yang teliti hidup umpama sabut atau layang -layang dan sebagainya.

Kalau setiap hujung minggu kita pernah berkata "Hujung minggu ini aku nak study la"tapi cuba kita kaji balik berapa banyak yang kita study pada hujung minggu tersebut.

Baik kita cakap "Hujung minggu ini aku nak study 4 jam " dan laksanakan 4 jam yang berkualiti untuk study kita.

Tetapi,Perancangan tanpa pergerakan tidak akan membawa ke mana -mana.

Tunaikan apa yang telah dirancangkan.

Refleksi Diri,Refomasikan Hati....

Saksi Perkahwinan

|

Salam

Semasa di Malaysia,satu postion yang saya rasa amat terasa penting adalah menjadi saksi perkahwinan kepada abang saya.

Memang terasa sangat penting.Cuba lihat gambar di atas.Saya duduk sebelah Aidil(Abang Ipar) berhampiran dengan tempat pentas pernikahan.Banyak mata tertumpu ketika itu.Saya turut merasakan bahangnya kehangatan ketika itu.Darah menderau saya ketika itu.Macam manalah orang yang dinikah itu punya perasaan ye?

Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan....Mungkin tak ramai akan menghadapi pengalaman sebegitu...hehe

Laut

|
Salam
Laut di Melaka
Laut di Cardiff

Laut,
Terbentang luas di mana-mana
Maha Hebat ciptaan Allah.

Desiran pantai yang bernada sayu dan lembut.
Kadangkala bertukar ganas hilang pertimbangan.
Tenang umpama dipangkuan ibu,
Ganas bila ribut menghempas.

Apa jua keadaanya,
Itulah ciptaan yang Maha Esa
Bagi hamba yang mahu berfikir....

P.S:Badan Penat,Jiwa Runsing.Ya Allah Bantu hambamu ini....

Bukan mudah menjadi belia

|
Jalan berliku ketika belia
Salam

Tanpa kita sedari,umur kita(kebanyakan orang) dah melampui - 20 an.Umur yang dikatakan belia,dan di istilahkan sebagai permata ayah bonda,bunga -bunga bangsa, harapan negara dan banyak lagi...

Tanpa kita sedari,apakah kita lakukan ketika waktu ini sekarang ini???Adakah kita betul -betul permata ayah bonda jika,masih tidak lagi mendoakan kesejahteraan ayah ibu kita?Adakah kita bunga - bunga bangsa,jika kita tidak pernah memikirkan masalah ummah yang makin mencengkam?Adakah kita berbuat sesuatu untuk kecemerlangan Islam dan masyarakat,jika study pun masih kelam kabut,banyak melakukan perkara sia -sia,bertukar pasangan couple bersilih ganti, dan masa dihabiskan dengan begitu sahaja?

Kesimpulan hari ini.....Bukan mudah menjadi belia.
Adakah kita bersedia untuk menyesal di kemudian hari atas apa yang kita lakukan hari ini????
Fikir sesuatu dan ubah dari sekarang.

Perbaiki diri,
jagalah hati,
mantapkan perkerti,
mengingati mati,
ingat - mengingati,
sejahteralah hari ini,
sejarteralah di alam abadi

P.S:Untuk diri sendiri juga,Esok kena kira bacteria......

Selamat Malam

|
Lenanya Nini Tidur...
Salam.

Mata sukar untuk lelap malam ini.Mengapa?Terlalu memikirkan masalah kehidupan?Runsing dengan Lab practical yang dah kena devise sendiri?Risau dengan kewangan?Risau dengan masa depan kehidupan mendatang?Risau dengan study yang tak tercover2?Masalah Family?Dan pelbagai lagi masalah.....kita hamba yang lemah

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Selamat Malam

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah Ar-R'ad, Ayat 28



Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Nottingham Games

|
Salam.

Baru tiba dari Nottingham yang hanya jarak 1 jam lebih dari Warwick.Ramai sahabat junior dan senior,Pet Bro dan Pet Sib iaitu Bad,Aqilah,Dalila dan Syafiq di temui.

Kali pertama datang ke University of Nottingham,yang menarik perhatian adalah Portland Buliding yang berada di hadapan tasik...Indahnya....

Tiada idea kerana penat,Maka hanya ingin berkongsi satu syair Arab

Kehidupan ini banyak tahapnya
telah kualami berbilang masa

Antara kelembutan dan kesesatan

Ada bala tidak mampu membuat aku lara

Ada nikmat tidak membuat aku derhaka

Apapun terjadi

Semuanya tidak akan menyesakan dadaku

Dan apapun yang telah menimpa

Tidak akan merampas nafasku.....




Anak Soleh

|
Salam

Lirik lagu yang penuh pengajaran buat kita yang masih muda tatkala mereka mula tua.Semoga berbakti kepada masih ada,dan juga tiada......


Anak Soleh

Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

Jauh dari Rumah

|
Salam.

Lama tak update blog.Agak sibuk sedikit minggu ini.Namun House Warming 26,Collingwood Road berjaya juga dilaksanakan.
Alhamdullilah dengan izinya jua.

3 bulan di Malaysia,memang mengamit memori.Kehilangan orang yang mencorakan kehidupanku suatu masa dahulu agak terasa.Jika dulu ada tempat mengadu dan bermanja,kini aku mengemudi perahuku sendiri melayari sisa-sisa kehidupan yang tinggal.

Benar ujian itu sukar.Ketabahan itu perlu.Kesabaran tunjang utama.Doa buatnya.....

P.S:Esok ada simple kuiz.....Doakan(Seeru 'ala barakatillah)

Rumah Terbuka

|

Salam

Memang betul raya sebulan bagi umat melayu di Malaysia.Sampai dibawa ke UK.

Hari ini merupakan hari kedua terakhir sebelum tamatnya syawal.Ada rumah 2 rumah terbuka.Makan agak banyak,patutlah mata agak sedikit berat pada malam ini.Patut makan ikut sunnah,bukan ikut nafsu nafsi...

Bila agaknya rumah terbuka 26 Collingwood Road ???







Masaku dan Masamu

|

Salam


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
[54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Surah Al Maidah,Ayat 54.


Alangkah ruginya jika setiap masa kita ada sekarang kita tidak gunakan dengan sebaik mungkin.
Mulut memang mudah berkata kata,tetapi gerak kerjanya mana?

Setiap manusia diberikan masa sebanyak 24 jam seorang.Bukan 23 jam dan bukan 25 jam.Tak lebih dan tak kurang.Kenapa dan macam mana kita tak cukup???

Jawapanya mudah.

Tepuk dada tanya iman.....

P.S;Tutorial dan Essay dah keluar.Harap dipermudahkan.....

Palestine Will Be Free/فلسطين سوف تتحرر

|
Salam.

Lagu baru yang dilayani.Muzik dan senikata yang menarik!Khalass!



Palestine Will Be Free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Jom habiskan Puasa 6!

|

Salam

Esok 24 Syawal 1430.Maka tepat 6 hari lagi kita akan meninggalkan Syawal.
Maka ini peluang terakhir bagi sesiapa yang masih belum menghabiskan puasa 6.
Jom Habiskan!


Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
(Hadis riwayat Muslim)

Tanpa Tajuk

|


Salam

1st Week dah berlalu,kehidupan baru mula dirasai.

Ukiran-ukiran kehidupan mula terlakar kembali.

Dedaunan kering mula gugur,dihembus dengan angin sejuk menemani perjalanan ke kelas.Merasa duduk di rumah yang sangat sangat lah best,tetapi amat jauh di dalam kawasan Earlsdon,menaiki bus yang penuh sesak dengan budak -budak Warwick yang menimbun -menimbun.Kelas -kelas yang banyak fakta dan perlukan pembacaan yang "in depth" dan pelbagai lagi rencah kehidupan dilalui setiap hari.

Mengapa perlu bersungut???

Tanpa cabaran, hidup ini mesti pudarkan?....


Stay Focus!

Walking with dream

|

Salam.

Berjalan dengan mimpi.
Mimpi ilusi terukir indah
Bukan realiti tetapi fantasi.
Bukan imej yang hakiki.

Lantas tersedar dari mimpi.
Mampukah aku bermimpi lagi?
Mimpi yang indah diulang lagi,
Alangkah bahagianya diri ini.

Masa yang berlalu umpama mimpi.
Tidak boleh dirasai dan dinikmati.
Hanya melihat kembali lagi,
Masa yang indah berlalu pergi.

Jika mimpi dijadikan realiti.
Mampukah aku mengharungi lagi?
Menjadi terbaik dari terbaik.
Memperbaiki diri untuk Ilahi.

Selamat tinggal masa yang berlalu.
Hanya yang tinggal adalah harapan.
Perbaiki diri dari kesilapan.
Untuk kesejahteraan di masa depan

You Came To Me

|
Salam

Single terbaru Sami Yusuf yang baru keluar last Ramadhan.Khairul yang introducekan.JZKK





You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2)

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (currently X2)

Buat Adik -Adik ku

|

Salam

Semalam aku mengambil membantu pelajar - pelajar junior Malaysia bagi University of Warwick di Terminal 3,Heathrow International Airport,London.

Tersangat-sangatlah ramai.Hampir mencecah 70 orang ++.Ada yang duduk di kampus,di sekitar kawasan rumah dan Liberty Park(bagi budak TESL).
Selamat Datang ke medan perjuangan anda yang memerlukan kekuatan diri dan disiplin yang kuat.


Maka pesan buat adik -adiku,

1.Jangan tinggalkan Solat.Buatlah Solat jemaah jika rumah jauh dari Surau atau Masjid.
2.Mengukuhkan disiplin diri.Memastikan segala aturcara hidup berjalan dengan lancar dan sempurna.
3.Mematuhi jadual kehidupan sehari -harian.
Senior yang tersenyum gembira apabila mendapat ramai adik-adik baru.

Akmal memberikan Taklimat

Kami ,Warga Warwick mengalu alukan kedatangan anda ke Universiti ini.....Selamat Datang sekali lagi kami ucapkan.


Selamat Datang juga kepada house mateku,Iwan.

3 Bulan Yang Ku Tinggalkan

|

Salam


يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah
atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Surah Luqman, Ayat 17


Jam 2.00 petang waktu tempatan,tibanya saya di Brimingham International Airport.3 bulan yang ditinggalkan amat payah untuk diharungi dan dilalui.Pelbagai pengalaman di Malaysia di dulangi.Bukan mudah untuk bangkit dari ujian yang ditimpa.

Mulut mudah berkata kata tetapi hati jua yang terpaksa memamahnya.....


Hanya Doa dapat kupanjatkan ke atas Rohnya.....Itulah yang hanya dapat ku kirimkan atas tanda kasih sayang ku kepadanya.

Selamat Datang 2nd Year!Selamat Masuk Rumah Baru!Selamat Datang Junior!

P.S:Maaf Lama Menyepi.....Blog tak update, Internet rumah pun Slow....



Tidak Pernah Kamu Memikirkanya?

|

Salam.

Malam tadi terbaca Surah ini...Ada unsur saintifik dan menarik :)

أَلَمْ تَرَ إِلَى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاء لَجَعَلَهُ سَاكِناً ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلاً

[45] Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;

ثُمَّ قَبَضْنَاهُ إِلَيْنَا قَبْضاً يَسِيراً
[46] Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاساً وَالنَّوْمَ سُبَاتاً وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُوراً
[47] Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُوراً
[48] Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,

لِنُحْيِيَ بِهِ بَلْدَةً مَّيْتاً وَنُسْقِيَهُ مِمَّا خَلَقْنَا أَنْعَاماً وَأَنَاسِيَّ كَثِيراً
[49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

وَلَقَدْ صَرَّفْنَاهُ بَيْنَهُمْ لِيَذَّكَّرُوا فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُوراً
[50] Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

وَلَوْ شِئْنَا لَبَعَثْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيراً
[51] Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran.

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَاداً كَبِيراً
[52] Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخاً وَحِجْراً مَّحْجُوراً
[53] Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَراً فَجَعَلَهُ نَسَباً وَصِهْراً وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيراً
[54] Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُهُمْ وَلَا يَضُرُّهُمْ وَكَانَ الْكَافِرُ عَلَى رَبِّهِ ظَهِيراً
[55] Dan mereka (yang musyrik) menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak memberi manfaat kepada mereka (yang menyembahnya) dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka (yang tidak menyembahnya); dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada tuhannya.


Surah Al Furqan Ayat 45-55

Satu "Pemergian"- Part 1

|

Salam

Tanpa disangka -sangka,dua minggu yang berlalu dengan pantas adalah minggu yang penuh dengan kenangan,ujian dan ketabahan.Ini adalah sebahagian dari catatan ringkas yang sempat dilakukan buat masa ini

6th August 2009(Khamis)

Hari ini aku pulang dari MOC(Muslim Overseas Camp).Balik dari Shah Alam menaiki bas Mara Liner pulang ke Masjid Tanah.Dapat SMS dari Abah yang Along akan jemput dekat stesen bus.Selalunya mmg abah akan ambil aku pulang,tapi abah x berapa sihat malam itu.

Album KuMilikMu yang dinyanyikan oleh Azhan Atan,salah seorang penyanyi nasyid kesukaan Abah, aku belikan sebagai buah tangan untuk di letakan dalam kereta abah.Malam itu rasanya malam terakhir aku berbual dengan abah dengan rancak sekali.Abah cakap die demam berjangkit dengan mak.Abah kata die demam sedikit sahaja.Malam itu abah tidur lewat oleh kerana berbual dengan aku.Abah ader menceritakan sebahagian perancanganya bagi minggu ini.Kenduri sana,urusan sini dan ajak aku untuk menemankanya.

7th August 2009(Jumaat)

Abah demam semakin kuat.Sepatutnya hari ini Abah yang akan hantarkan Along dan Tunangnya untuk diadakan ujian HIV bagi perkahwinan mereka tidak lama lagi.Tetapi abah agak tidak kuat dan nampak tidak bermaya.Maka selepas Jumaat,aku diarahkan oleh Abah untuk menemani Mak untuk membawa mereka.Setelah beberapa lama di Pekan Masjid Tanah,aku menelefon Abah,tetapi tidak diangkatnya.Banyak panggilan dibuat,satu pun tidak di angkat.Ini membuatkan hati aku dengan Mak risau.

Setelah pulang,aku terus ke bilik abah dan melihat abah hanya berbaring di atas katil,nampak lemah...

8th August 2009(Sabtu)

Abah tidak berselera makan,sepanjang hari dihabiskan masanya di atas katil.Abah memang memang demam agak teruk.Selalunya memang kalau abah demam memang sebegitulah...Abah berpesan supaya aku tidak kemana -mana.

9 August 2009(Ahad)

Keadaan tidak banyak berubah.Aku SMS Angah,mengatakan abah demam...Abah hanya keluar bilik beberapa kali sahaja.Banyak masa dihabiskan dengan berbaring.

10 August 2009(Isnin)

Aku pula demam.Mak cakap aku berjangkit dengan abah kot...agak teruk demam.Batuk,selesema dan sakit2 badan.Abah kata nak makan sate,maka along tolong belikan.sedikit sahaja abah makan.Angah mintak Abah makan Scott Emulsion untuk menabah selera makan dan pujuk abah untuk ke klinik.Tetapi Abah tidak mahu.

11 August 2009 (Selasa)

Hari ini aku SMS Angah pasal keadaan Abah,kaki abah agak bengkak sebab banyak air,Angah berpesan supaya Aku menasihati Abah agar untuk bergegas ke Klinik.Pada mulanya Abah enggan,tetapi akhirnya Abah bersetuju.Tetapi tidak jadi ke Klinik,kerana Abah kena cirit birit.Nafas Abah agak mencungap -cungap apabila bergerak.Apabila Abah hendak ke tandas,aku terpaksa memikul Abah untuk ke tandas.Abah tidak boleh berbaring,sebab Abah akan sesak nafas dan batuk- batuk.Akhirnya aku sependapat dengan Mak untuk memindahkan kerusi malas Abah dari luar kedalam bilik supaya Abah mudah untuk berehat.Tetapi malam itu Abah tidak tidur lena sebab penyakit yang di hadapinya.

12 August 2009 (Rabu)

Pagi ini,kami bersama sama ke klinik di Pekan Masjid Tanah.Mak yang memandu kereta manakala aku membantu Abah untuk memimpinya ke klinik.Pagi itu abah hanya minum satu kotak air soya.Doktor di klink swasta itu memberikan suntikan dan antibiotik kepada Abah.Dan kami pulang ke rumah.

Di rumah,suhu badan abah semakin menurun.Tetapi Abah mempunyai komplikasi pada buah pinggang.Abah tidak dapat mengeluarkan air dengan effisyen.Nafas abah mulai laju dan bergetar "wheezing".Akhirnya aku meminta Angah untuk menelefon Abah agar pergi ke Hospital Melaka dengan kadar yang segera.Abah mencadangkan untuk menangguhkan dahulu oleh kerana beliau berasa segar sedikit.

13th August 2009 (Khamis)

Walaupun suhu badan abah turun,tetapi keadaanya semakin teruk.Abah semakin sukar untuk bernafas.Abah berkata untuk pergi ke Hospital pada pagi Jumaat,Emak tidak bersetuju,Emak meminta aku SMS Angah,supaya memujuk Abah ke hospital pada malam itu juga,oleh kerana keadaan yang sangat uzur.Pada Malam itu Angah menalefon Abah supaya untuk ke Hospital,dan akhirnya abah bersetuju.

Oleh kerana kami menjangkakan Abah akan ditahan wad,segala baju,kerusi malas dan lain2 perkakas di bawa dan di siapkan oleh Emak.Pada pukul 3 pagi,aku memapah Abah ke keretanya dan duduk dibahagian depan.Nafasnya,naik turun dengan laju.Along mencium tangan Abah buat kali terakhirnya....

Abah di masukan ke wad resus di A&E,bermakna zon merah yang menandakan kritikal.Doktor pakar dipanggil.X -ray di buat.Akhirnya jam 5.00 pagi,keputusan x-ray diterima dan dianalisis.Abah aku mempunyai jangkitan bacteria yang sangat teruk pada paru-parunya.Kadar infection di dalam badan sangat tinggi.Kadar cell darah putih sangat tinggi.Abah terpaksa memakai alat bantuan pernafasan dengan kadar Oxygen yang tinggi.Ini bagi membantu Abah dalam pernafasanya yang agak teruk itu.Abah diberikan dengan Antiviral oleh kerana Abah di suspek H1N1 oleh kerana semua symptoms yang dihadapinya.Abah turut diberikan dengan 3 jenis antibiotik bagi membunuh bacteria.

Sebelum abah di pengsankan dengan sedative,Aku dan Emak berjumpa Abah buat kali yang terakhir.Tiada banyak dapat di ucapkan....Aku hanya berpesan pada abah supaya tenang tanpa memberitahu keadaan sebenar.Kini air mata sukar dibendung lagi.....

Doktor memberitahu supaya memberitahu semua saudara mara terdekat.Keputusan di ambil oleh aku dengan Emak supaya menjemput semua adik beradik aku yang terdekat.Aku menelefon Angah supaya pulang dari Eire dengan kadar yang segera.Uda di KL segera pulang dan Along mengambil emergency leave....

Abah di masukan ke High Dependency Ward (HDW).Baju Abah dipotong untuk mengantikan pakaian hospital.Ward ini adalah ward isolation.Hanya dua saudara mara terdekat sahaja dibenarkan masuk dan dibenarkan untuk melihat dari dinding kaca selama 5 minit....

Bapa Mertua dan ibu mertua Angah antara orang pertama yang hadir.









Mencari Jasin Yang Hilang

|
Salam

Bersama sama Tugu No 1 di Malaysia
SPM 2005(Batch Saya)


Dua Hari satu malam aku berkampung di MRSM Tun Ghafar Baba atau lebih di kenali dengan MRSM Jasin untuk program bersama - sama pelajar2 tingkatan 5 yang mengambil bakal mengambil SPM pada tahun 2009.

Aku di minta untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar Mrsm tentang haluan mereka selepas habis tamat sekolah.Aku mewakili bidang A- Level.

Alhamdullilah,kunjungan yang sangat-sangat ramai ke booth A -level yang tak berhenti -henti dari jam 10.30 hingga 1.30.Tidak henti -henti saya menjawab pelbagai soalan yang diajukan.Ternyata pelajar-pelajar ini sangat bersemangat untuk melanjutkan pelajaran.

Insyaallah adik-adik semua,anda boleh!!!