Keputusan Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh Penang=Datuk Seri Anwar Menang!

|
Salam..

Berdebar rasanya(lagi dahsyat dari tunggu keputusan a-level) semalam menunggu keputusan pilihanraya kecil bagi parlimen permatang pauh.Pada jam 8.00 mlm,saya dah tercogok di hadapan peti televisyen bagi menantikan pengumuman secara siaran langsung,tapi anehnye jam kul 9.00 mlm pon TV3 x mengeluarkan ape2 isyarat mengenai keputusan pilihanraya tersebut.

Tetapi pada jam pukul 9.05 mlm, Along yg sedang berbaring di dalam biliknya mengatakan beliau mendapat sms berita dari Bernama mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar bin Ibrahim leading dalam pengiraan undi sehingga jam 9.00 mlm.Saya terus membuka GPRS dari telefon bimbit,bagi mendapatkan lagi infomasi lagi,dan saya mendapati bahawa agensi berita antarabangsa AFP telah mengeluarkan berita mengenai Anwar mendahului dalam kiraan undi tersebut.Majoriti ketika itu 16 ribu lebih,abah cakap mmg tak terkejar orang bn sorang lagi 2.....

Pada jam 10 malam TV3 mula mengeluarkan berita mengenai kemenangan Datuk Seri Anwar
dan pukul 10.40 malam barulah TV1 mengeluarkan berita di skrin bawah mengatakan PKR menang....Saya tunggu Nightline pada jam 12 tgh mlm bagi mendapatkan berita lengkap....Alhamdullilah mmg sah Datuk Seri Anwar menang dan mengekalkan Kerusi parlimen tersebut...... muga baik untuk ISLAM....

Bahasa bahasa rumah aku

|
Salam,

Masa kat KYUEM dulu cheletmate(Mas, Azri,dan Famy) aku selalu menyakat aku dengan mengatakan aku mengunakan bahasa pelik atau pon bahasa jasin....(mungkin dinamakan semperna aku yg bekas pelajar MRSM Jasin).Mungkin bahasa ini pelik,tetapi mungkin menjadi rencah percakapan aku dengan family aku atau pon percakapan aku sendiri..haha

Bahasa Rumah atau bahasa melaka Bahasa Melayu Standard


Mengeteh = Minum pagi@makan tengah hari kat luar
Kuak Lentang = Tidur
Main Golf = Memotong rumput mengunakan mesin sangkut
Ubat Ketiak = Deodoran
Bercinta = Gelaran kat ak yg suka main game
Perang = main game
Siput = gelaran mengantikan b**i
makan kuching = friskies
tok janggut = KFC
sepin = pin baju
dabal = double
konfom = confirm
hawau = penyakit hawar/gelaran menegur@sapaan org melake
Simpang = pekan yg terdekat dengan rumah aku
begau = keras kepala
peti sejuk = bile satu bilik sejuk sangat kerna air cond pasang kuat
kain gombang = kain pelikat
berlenging = tanpa baju
mengebom = buang air besar
short call = buang air kecil
long call = buang air besar
melombong = membersihkan hidung
jumpe queen Elizabeth = buang air besar
co pilot = saper2 yg duduk sebelah kerusi pemandu
pilot = pemandu
tempat berucap = tandas
landing gear= kaki ayam
wing commander = gelaran kepada sesiapa yg suka makan kepak ayam

so bahasa nie pon pelik,tapi aku pon tak tau lah,semoga Dewan Bahasa dan Pustaka dapat menerima bahasa ini...hehe

Sponsor KPM!!!

|
Salam,

Perhatihan, kepada sesiapa yang dah dapat surat offer dari universiti sile baca potongan ayat tersebut dari pada check list b4 fly yg disediakan oleh cik Syarifah Ratina...(kot2 la korang telepas pandang)

2.3 Surat Tawaran Universiti

Pelajar perlu memaklumkan SEGERA dengan cara faks, pos, email atau datang sendiri ke Bahagian Biasiswa menyerahkan salinan surat tawaran daripada universiti. Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan Bahagian Biasiswa mengeluarkan surat tawaran biasiswa dan pengesahan tarikh penerbangan.

Result

|
Salam.
Di ambil dari blog jepah....
Tahniah kepada sesiapa yg terkeluar namenye di situ hehe...

Cara Cepat untuk membuat Pasport

|
Salam.

Pagi tadi jam 9 pagi,aku bersama sama dengan abah dengan mak bertolak ke melaka un tuk membuat pasport antarabangsa.Selepas mengeluarkan wang dan bersarapan di kedai kopi Pak Haji Hussin Peringgit kami pon bertolak ker Pejabat Jabatan Imigrisen Malaysia Cawangan Melaka Bandaraya Warisan Dunia(cehwah!!)

Jadi di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya membuat passport,Jika anda mengikut prosedur yang saya catatkan,Insyallah anda akan mendapat passport pada hari yang sama....

  1. Sediakan siap-siap document tersebut.
  • Kad pengenalan anda(pastikan warganegara Malaysia,bukan warga Thailand ,Zambia,atau pon Trinidad & Tobago)
  • Sijil Beranak@Sijil Kelahiran@ Birth Cert anda,.(pastikan anda punya bukan pak imam kampung anda punya)
  • Finance Affidavit dari sponsor anda.
  • Surat Offer universiti(ak pakai letter conditional offer)
  • Surat Diskaun (student rate price,ini privilege bagi budak2 yg disponsor oleh kerajaan)
  • Duit Rm150(student rate price) ,Rm 300 (standard price for 32 pages passport)
  • Salinan Kad pengenalan,Surat Beranak,Offer U,Surat diskaun
  • Gambar 2 keping(berukuran passport)
  • Pen
2. Pastu pegi kat kaunter pertanyaan,cakap dekat akak 2 yg kiter nak buat passport antarabangsa,die akan kasi kat kiter borang yang kiter kene bayar RM 1.
3. Isikan borang itu selengkapnya
4.Pas balik borang itu kat akak kaunter pertanyaan,die akan susun korang punya document dan pin .Pas tu akak akan kasi balik kat korang sume document itu dengan angka giliran.
5.Bile no anda dipanggil ikut jer arahan yang diberikan oleh pegawai imigresen tuh...
6.Bayar Rm 150 kepada kaunter pembayaran dan anda akan mendapat resit.
7.Simpanlah resit 2 baik2
8.Pas 2 jam datanglah balik dekat pejabat imigresen 2.Dan anda akan mendapat passport anda....

Semuga dengan perkongsian pengalaman ini akan memudahkan urusan anda membuat passport,Selamat Mencuba!!!!!

Tahniah abang Lee Chong Wei.

|
Salam.

Tahniah kepada Abang Lee Chong Wei,kerana mengalahkan pemain korea..... hehe

Abang harus menang pingat emas tau bawak balik untuk hari kemerdekaan,hehe

Malaysia Boleh!!!!

Mana E-mail aku...

|
Salam.
Pelik,ade beberapa member aku telah mendapat e-mail dari pada Cik Syarifah Ratina,tapi ak belom....Hairan sungguh....mungkin kah kesilapan teknikal......saudara famy pon menhadapi masaelah yang serupa....apekah ini?

Terpaksa lah najib memforawadkan e-mail kepada aku....

Adekah anda seorang yang sponsor KPM menghadapi masalah yang serupa?Marilah berkongsikan masalah dengan saya di shoutbox disebelah....hehe

Warwick,here I come!!!

|
Salam.
Petang tadi lepas jer solat zohor,ak bukak e mail sbb member kate hari kuar unconditional offer dari university daripada ucas,so ak pon bukak ucas track dan aku ternampak staement ini......


Welcome Muhammad Hafizuddin,

Your Personal ID is: 102-156-3998.

The current status of your Application is:

Congratulations! Your place at The University of Warwick (W20) to study Biological Sciences (C100) has been confirmed.

Alhamdulllilah , aku berjaya ke warwick........ sujud syukur.

Mimpi Yang Indah

|
Salam.
Lagu ini ditujukan kepada semua budak2 kyuem.

Kepada yang berjaya sentiasalah bersyukur kepada Allah atas segala limpah kurnianya.
Kepada yang kurang bernasib baik janganlah anda bersedih , ayuh bangkitlah insyallah kite sama berjaya di dunia dan akhirat.

Mimpi Yang Indah
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Result=Alhamdullilah

|
Salam.
Sejak pas Moc, saya suka mencutikan blog yang tersyang,sbb reult nk kuar....jadi saya nnt duduk diam2 jangan saper2 kaco saya....

Semalam,pas jer main game , ak pon lepak2 dekat depan tv tgk sukan olimpik bejing,sementara menantikan mata untuk lelap,di hati yang bergelodak dengan rasa kurang senag dan gundah gulana.

Tiba jer handphone ak berbunyi,Suara Syahril in -team yg lunak mengalunkan zikir taubat memecah keheningan malam yg sangat sunyi dan sepi."saper yg cal nie?,dah berapa hari x der hp ini berbunyi...."oooo azri abuya rakan sechalet mate yg tercinta....

"oit result dh kuar,ko cam mana...."bisik azri dengan suara bernada gembira dan sayu.
Haah result dah kuar... jap2 ak check,
ak bergegas pegi kat desktop bukak balik dan terus connect internet......
bukak yahoo mail.....

ak ternampak exam@results punya e-mail......
jantung ak berdegup kencang,selaju jantung perenang australia ian troupemasa lepas berenang dan yg memenagi 4 pingat emas masa kat olimpik athens taun 2004.

Kuar la keptusan

Biology ?
Chemistry?
Mathematic?

Alhamdullilah....pas.....bukan bn.....

Dapat FLY FLY FLY........

sujud syukur.....walau pon sedikit hampa.....tp overall ok dengan kepandaian yang tak sepandai org lain....tapi pas grade yg dikehendaki.

Ok ,teruskan berusaha kt sana nanti.......

Ps.Tahniah kepada member2 yg mendapt ????(suka hati korang nak letak berapa bergantung pada target korang)

AAA ker(ramai yg suka letak ini)
AAB ker
ABB ker
BBB ker
BBC ker
BCC ker
ABD ker

suka hati korang la...janji korang puas....

Tapi kepada yg kurang bernasib baik,jangan la berputus asa,perjuangan korang bukan terhenti di KYUEM sahaja,insyallah kiter sama2 berjaya di dunia dan akhirat.....
(baca buku la tahzan,insyallah ader manfaat nyer)

Menanti di Barzakh

|
Salam..
Kepada peminat lagu nasyid,lagu ini tidak asing lagi dan menyemaikan rasa insaf terhadap diri sendiri dan peringatan terhadap kematian...Jadi kepada yg tak pernah lagi dengar lagu nie boleh layan lagu yg sangat menginsafkan ini....(teringat slot bersama ateh di MOC...)



Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Update la Blog

|
Salam.
MOC 2008, banyak ak dapat dalam program tersebut.So kepada all of super senior committee with all 9th batch committee , tahniah saya ucapkan atas kejayaan penganjuran program tersebut..

So rasanye bulan nie baru la pertama kali ak dapat update blog.... so ak x nk cakap pasal MOC dulu sbb skang nie ak takder mood lg,sbb akak ak masih kat hosp lg,ak kn ikut abah ngan mak ak ke Hosp tiap2 ari......Gambar2 moc ader kat dalam laptop ,malasnye nak pindahkan gambar2 moc 2 kt desktop rumah nie....
So what next.....Result CIE a-level June 2008,Rasenye dh sangat dekat macam bau durian,sangat kuat dan amat merisaukan....
Aper 2 hal saya sentiasa berdoa kpd Allah s.w.t agar sy mendapat result melepasi kelayakan u dan sponsor... insyallah....

K la.... nnt ak updte blog lagi......